hiasan blkang



Sabtu, 19 Mei 2012

muliakan hidup kita.....



Bila ada orang buat baik , doakanlah dia.. bukannya mengutuk dia. Orang yg muliaadalah orang yg sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain .

Firman Allah s.w.t. yg bermaksud:

"Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

(surah al-Zalzalah)



Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

... Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?

Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut

-Ustaz Azhar Idrus-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan