hiasan blkang



Ahad, 20 Mei 2012

Kita Memerlukan Cara Baru



alt

dunia hari ini mengalami perubahan yang amat drastik, terutama di dunia Barat. Ramai berlumba-lumba mengejar keduniaan dan melupakan akhirat. Agama telah dijadikan permainan politik dan agenda yang perlu dilupakan. Mereka sudah lupa asal usul mereka dan perubahan in telah banyak merubah kehidupan mereka.


Islamophobia
Penduduk Islam di Barat telah mengalami tekanan yang begitu dahsyat, mereka dicemuh, mereka tidak dibenarkan berhijab dan sebagainya. Hadis- hadis nabi telah dicerca & al-Quran dikatakan membenarkan keganasan, pemerkosaan dan pembunuhan. Nabi Muhammad s.a.w dikatakan membenarkan pembunuhan secara besar-besaran. Fakta-fakta dan nash-nash dari Quran dan hadith yang dikemukan telah disalah guna dan diputar belitkan.
Dunia hari ini tidak lagi memandang Islam sebagai agama yang berdakwah kepada kebenaran dan keamanan. Mereka melihat Islam sebagai agama yang mundur dan kebelakang dan juga agama yang tidak dapat berkompromi dengan dunia sains dan teknologi.
Mereka tidak tahu
Ramai yang tidak tahu tentang Islam. Sesetengah daripada mereka hanya mendengar perkataan Islam dari peti televisyen di rumah mereka. Mereka hanya menerima secara bulat-bulat apa yang disuapkan kepada mereka.

Ada yang berpendapat Islam adalah agama pagan yang majoritinya kaum Arab dan menyembah Kaabah. Ada yang berpendapat kumpulan militan itulah Islam yang benar. Buku- buku yang ada dipasaran kebanyakannya mengutuk dan mencerca Islam dan Nabi Muhammad. Buku yang prejudis kepada agama begitu banyak sehinggakan mereka tidak tahu yang mana benar dan yang mana batil.
Ada diantara mereka begitu terbuka terhadap agama. Mereka ingin mencari agama, tetapi tidak berjumpa. Kenapa mereka tidak berjumpa? Adakah salah mereka kerana membaca buku yang salah? Jawapan nya ada pada kita. Kita yang bersalah kerana tidak menunjukan mereka jalan yang benar.
Dakwah cara Barat
Agama Islam didasarkan kepada pemikiran yang matang dan rasional. Kita juga mempunyai ramai cediakawan yang mengamalkan sains dan agama. Jika benar umat Islam dapat mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullah saw, maka hujah-hujah dari pihak atheist dan agama lain senang ditepis.
Perdebatan antara agama begitu hebat di Barat, mereka diajar cara berdebat, cara menangkis hujah-hujah pihak Atheist dan agama lain. Perdebatan dilakukan secara intelektual supaya tidak pihak yang berkecil hati dalam pendebatan yang dijalankan. Para pendakwah mengemukan hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan. Mereka diberi peluang berdebat mengunakan kitab-kitab bukan Islam. Hujah-hujah yang diberikan meyebabkan ramai yang terpaku.
Adakah kita di Malaysia besedia untuk menerima tekanan sebegitu?
wasalam....











cemburu lololo............

بسم الله الرحمن الرحيم
tak salah nak cemburu dengan kejayaan seseorang. cuma jadikan sifat tersebut sebagai catalyst untuk kita lebih maju ke hadapan. kita tak tahu. Allah beri dia ujian kejayaan, Allah bagi kita kegagalan. mungkin itu yang terbaik untuk kita. Entah kalau dia mendapat kegagalan, mafsadahnya lebih besar dan kalau kita pula berjaya, tak mustahil kita lupa akan sang pencipta. Na'uzubillah. Allah Maha Mengetahui. Mungkin Allah rindu dengan rintihan kita. Atau mungkin kejayaan itu sekejap sahaja lagi kerana Allah ingin menguji kesabaran hambaNya. maka, sentiasalah berdoa dan bertawakkal kepadanya.
"cemburu ibarat perencah yang melazatkan makanan, begitu juga cemburu umpama perencah yang mengindahkan hubungan persahabatan.....rencah kehidupan"


....
nyanyi sme-sme

nothing 2 share.....





"...sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah TAQWA..."

'Ala kulli haal, jazakillah kepada semua kerana sudi menjadi teman seperjuangan

 kepada diri yang serba hina ini. kalau nak dibandingkan saya dengan antunna, memang jauh 

bezanya lantaran antunna semua orang2 yang hebat dalam banyak perkara. mungkin ini 

hikmahnya kita semua disatukan. supaya kita saling melengkapi dan bahu-membahu antara 

satu sama lain. terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan sahabat seperjuangan seperti 

mereka. SAYANG ANTUNNA KERANA ALLAH!! (^_~)






tanda2 cinta kerana Allah

ukhwahfillah..smoga kita seperti ini


copy--paste by fb


Khamis 

Suke sgt tgok gmbr bersama.. terasa terubat rindu dihati.. walau jauh saling mengingati.. insya`Allah walimah antara satu sahabat ana ni nk kumpul mcm ni lg.. amin insya`Allah....
 — dengan Ammar WajidahAb Consequence