hiasan blkang



Jumaat, 18 Mei 2012

bahagia....







‎"Tok, sebenarnya bahagia itu apa?" Tanya Hanif sambil menggaru pipi. Dia terus melemparkan pandangan ke sawah padi yang menghijau.

Atoknya membetulkan posisi badan. Barangkali lenguh kerana duduk lama di atas bangku buluh betong itu.

"Cu, tentang bahagia ramai orang salah sangka." Jawab Atok ringkas.

"Maksud Atok?"

"Orang selalu kata bahagia akan bertandang bila kita ada harta, kita kaya, kita ada rumah besar, ada isteri cantik, disanjung orang, masyhur dan lain-lain. Atok dulu pun rasa macam tu juga. Tak percaya tengok nenek kamu, cantikkan?"

"Hehe." Hanif tergelak sekejap, walaupun tidaklah rasa kelakar sangat.

"Sebenarnya, ada ramai orang miskin dalam dunia ini hatinya bahagia."

"Macammana nak bahagia?"

"Hatinya mesti kena ada Allah selalu. Baru akan jadi tenang. Zikir itu banyak cara, ingat Allah itu adalah zikir. Kamu tengok burung yang terbang di sana, nampak tenang bukan? Sebab burung tak buat maksiat macam kita. Mereka selalu ingat Allah."

"Terima kasih Tok. Hanif pergi dulu!"

"Eh kamu nak pergi mana?! Atok belum ending lagi cerita."

"Nak cari isteri cantik macam nenekla... tapi yang ingat Allah!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan